Sunday, November 7, 2010

Mesin Jahit Singer idaman kalbu...

gambar hiasan

Sejak saya berusia 6 tahun saya selalu melangguk depan mesin jahit arwah mak saya. mesin jahit ibu saya adalah idaman saya. Setiap hari beliau menjahit baju-baju kurung upahan dan baju kami yang seramai 9 orang adek beradek. Saya yang kecil, so saya selalu mengempel melihat kegiatan emak saya setiap hari.

Setelah umor saya 8 tahun saya telah di beri tugas yang sungguh bermakna menolong menjahit tangan baju kurung yang telah siap di jahit oleh emak. Sambil duduk berlutut saya akan mengelim sehingga emak saya kata berhenti baru saya berhenti. Ya saya terlalu minat menjahit.

Pasti ramai yang terkejut jahit tangan? Ya setelah di jahit mesin baju tersebut, nanti emak saya akan memotong tepinya lebih kurang 3 cm sahaja selepas itu di kelepet (kelim) dan lalu di jahit tangan dengan begitu teliti. Dulu memang takde jahit tepi so cara begini mengukuhkan lagi jahitan pada baju.

Usia Lapan tahun? You must be kidding?...Benar saya tidak bohong saya telah menunjukkan minat sejak saya di sekolah rendah lagi. Malah saya selalu mendapat hadiah dalam kelas Art and Craft. Setiap kali ibu saya ada belen perca saya akan ambil dan belajar menjahit. Saya juga belajar mengait dari arwah Tok Dara saya yang gemar mengait mengunakan tali rafia. Jarum kait Tok Dara di perbuat dari kayu buluh yang di bentuk oleh Tok Sarawak (TOk lelaki saya).

gambar hiasan

Pernah satu hari arwah abah balik bawa sebuah hadiah. Hadiah berupa mesin jahit mainan, beliau tahu saya impikan sebuah mesin jahit lalu abah belikan mesin jahit tersebut yang berharga $15 ringgit (dulu belum pakai dolar) saya masih ingat sangat. Malangnya ia tidak dapat berfungsi sama seperti mesin jahit emak. Saya menangis hampa...lalu putuskan, saya menjahit apa-apa jua mengunakan jarum sahaja...hahahahhahaha

Begitulah saya sejak kecil. Emak dan nenek kata saya telaten, maka saya di beri apa sahaja saya nak belajar, dari situ saya mula belajar menyulam dan jahit tampal atau sekarang orang panggil Applique.


Masa berlalu begitu pantas. Apabila saya habis belajar saya terlalu asyik dengan kerjaya saya. Sehingga tiada masa untuk meneruskan hobi. Tapi agak bersyukur minat itu tetap ada. Malah kerjaya sambil menyerantau memberi saya peluang membeli buku-buku serta bahan craft yang saya minat.

Kadangkala suami saya menegur kenapa beli jika tiada masa untuk membuatnya. Saya tetap tersenyum saya assured him nantilah satu hari nanti bila saya ada kelapangan insyaAllah.

Tahun berganti tahun waktu kelapangan itu telah mengambil masa yang sangat panjang dari yang di jangkakan. Akhirnya saya berpeluang berhenti kerja dan mula bertugas part time sahaja. Syukur anak-anak pun telah remaja. Barangan yang dahulu terkumpul dan tersusun cantik saya keluarkan semula. Aklhirnya dapat juga saya melakukan apa yang saya minat.

Syukurlah InsyaAllah.